14 Mei 2009

BLOGSTARZ PENIPU!!!BETUL KE?

Saya rasa, sudah pasti ramai telah sedia maklum akan kewujudan Blogstarz di negara kita. Setiap hari Ahad akan tersiar berita mengenai Blogstarz di akhbar no. 1 Malaysia. Pelbagai cerita mengenai kejayaan ahli dan keberkesanan Blogstarz ditulis. Pembaca pasti akan mudah terpengruh untuk join Blogstarz. Yuran pendaftaran hanya RM99.00 sahaja. Setelah menjadi ahli, anda akan dapat pulangan yang menguntungkan. Tapi betul ke?

Di sini saya ingin berkongsi maklumat yang saya perolehi ketika mencari apa itu Blogstarz. Apa yang saya tulis ini hanyalah bertujuan untuk berkongsi maklumat yang saya telah baca mengenai Blogstarz. (think positive)

Saya mula tahu akan kewujudan Blogstarz apabila terbaca dalam akhbar no 1 Malaysia. Untuk pengetahuan, saya sememangnya mudah tertarik dengan program-program yang menjanjikan pulangan yang lumayan ini. Saya teruskan membaca keratn akhbar tersebut. Wah hebat! Menarik! Perlu cepat join nie! inilah firts impression saya. Pertama kali membaca perihal Blogstarz ni, banyak kelebihan yang ditawarkan memikat saya untuk join. Melalui program tersebut, anda boleh menjana pendapatan dengan mudah. jadi saya pun lekas2 online dan search kat Google mengenai blogstarz. Rupa-rupanya telah banyak blog yang mencerita, mengulas mengenai blogstarz. Ada yang menyokong dan ada juga yang mempertikaikan sistem yang dijalankan oleh Blogstarz. Maka timbullah persoalan dibenak fikiranku..persoalannya benarkah Blogstarz nie bagus?

Kemudian, saya teruskan membaca blog-blog tersebut dan saya amat tertarik apabila membaca ulasan yang ditulis oleh saudara Mohd Ismail, dalam artikelnya yang bertajuk 'Blogstarz: apa yang kau perlu tahu sebelum lebur rm99 untuk blog sampah'. Saya amat terperanjat dengn ulasan yang di buat. Blogstarz menyalahgunakan sistem clikshare, blogstarz adalah sistem MLM, dan lain-lain lagi. tapi saya masih tak berpuas hati, saya baca pula komen-komen yang dibalas oleh pembaca. memang hangat sehinggakan orang kuat Blogstarz sendiri turun membahas, membidas, mencantas...zassss!! ulasan yang ditulis oleh Mohd Ismail. Seronok membacanya. Kalau nak tahu lebih lanjut kenalah lawat laman web Mohd Ismail, Klik sini.

kemudian saya membaca beberapa lagi blog lain. macam-macam yang mereka tulis. dan apa yang pasti, apa yang mereka tulis memang ada kebenarannya. klik sini

Herm...apala nak jadi sekarang ni, penin kepala dibuatnya, banyak sangt biz yang menipu.nak join ke tak Blogstarz nie. konfius saya dibuatnya. setelah fikir masak-masak, saya mengambil keputusan untuk tidak join Blogstarz. Apa nak jadi pun jadilah. Tapi betul ke keputusan saya ni?

Antara Blogger Yang Mengulas Mengenai Isu Blogstarz

BolehBlog

Afzaiafandi

Hafreze

Titan

AbdFatah

Taukey

Forum WangCyber

Harian Metro




flyer Blogstarz


17 ulasan:

  1. Saya amat setuju dengan ulasan saudara. Sayalah antara manusia bangang yang terpedaya dengan janji kosong blogstarz berhubung "keuntungan yang bakal diperoleh dari clickshire". Sesungguhnya penipuan itu akan terbongkar di akhirat kelak. Wassalam.

    BalasPadam
  2. SALAM....
    MEMANG SAH...DISAHKAN OLEH SEMUA RAKYAT MALAYSIA!
    BLOGSTARZ.MY MEMANG PENIPU.PENIPU YANG MENGHISAP DARAH ORANG.PENIPU YANG TIADA MARUAH DIRI SERTA KELUARGA.TIADA KASIH SAYANG TERHADAP MAK BAPAK DIA YANG SUDAH MATI.
    BALASAN AKAN DITERIMA OLEH KARL ISKANDAR..PADA BILA2 MAJA JE...DARI SEKARANG....LAKNATTTT

    BalasPadam
  3. PENGASAS BLOGSTARZ.MY.... SEPATUTNYA BERASA MALU KERANA PERANGAI MACAM SETAN.PERANGAI YANG TAK UBAH SEPERTI PACAT... MENGHISAP DARAH ORANG !
    KARL ISKANDAR.... KASIHANILAH KELUARGA KAMU.JANGAN BAGI MEREKA REZEKI HARAM.... KELAK MENJADI BAHAN BAKAR DINERAKA JAHANAMMMMM

    BalasPadam
  4. dia dah kebas semua aset syarikat.. lahabau..!

    BalasPadam
  5. Saya telah melabur 1400++, hmm, bagi saya jumlah itu mmg terlalu besar. sebesar hrpan utk mengubah hidup saya..., setelah apa yg b'laku ini,saya pulangkan pada Allah. biar dia yg mengadilinye,,,xdpt ddunia, akhirat menunggu....

    BalasPadam
  6. Saya harap lebih ramai orang yang lebih arif pasal SCAM, penipuan internet, atau ape-ape je lah yang seangkatan tampil beri maklumat untuk masyarakat. Saya lihat ada gak orang terkenal dalam bidang ni pun terlibat sama secara tak langsung demi nak kaut untung. Bukan sekadar blogstarz je, byk lagi sistem yang berselindung disebalik bisnes yang halal tapi menipu juga. Kita kena ingat, bukan bermakna dia org tu melayu islam tak berani menipu.

    BalasPadam
  7. SAYA PUN MANGSA BLOGSTARZ JUGA...SIAL BETUL KARL ISKANDAR TIPU DUIT SAYA DAN RAKAN RAKAN SEMUA...HARAP DIA AKAN TERIMA BALASAN.JANGAN HARAP KERAJAAN AKAN AMBIL TINDAKAN.COULOMB WORLD YANG TIPU RAKYAT BERJUTA JUTA RINGGIT.TAPI TIADA PENYELESAIAN.BANK NEGARA DAH BEKUKAN AKAUN COULOMB WORLD.BIASALAH..DUIT TU AKAN PERGI MANA?
    KENAPA TAK BAGI SEMULA PADA YG TERTIPU.I RUGI RM 6RIBU+BLOGSTARZ rm 1400.APA LAGI...SAYA MEMANG BODOH.PERCAYA PADA.BISNES INTERNET..LEPAS NI SAYA BERSUMPAH TIDAK AKAN MASUK BISNES INTERNET LAGI...BIAR AKU TAK KAYA.KARL ISKANDAR HANG MEMANG ANAK HARAM..

    BalasPadam
  8. Skang site sever domain dia semua dah tutup..What the heck

    BalasPadam
  9. blogstarz memang tipu,tipu,tipu,tipu abis duit aku dekat blogstarz semua aku tak halalkan duit aku yang selama ni aku masuk blogstarz

    BalasPadam
  10. aku antara mangsa.....pertama kali dalam idup join....sebelum ni tak ambil kisah pun pasal biz intenet ni...ntah camner terjoin plak...bukannyer tak tau segala macam penipuan ni...dh byk kuar dlm newspaper....tp nk wat camner dh termasuk...geram mmg pun...iklan bukan main bagus...

    BalasPadam
  11. karl iskandar dan odsb buat ikan arowana pulak.beratus ribu kutip duit orang. dia tengah kaya sekarang. jadi sapa2 nak duit mintak saja.....

    BalasPadam
  12. saya pun cadang nak ke pejabat odsb, sebab tager media tu anak sykt odsb. bawa resit original...kutip balik la modal...

    BalasPadam
  13. Mintak duit dgn Ramdhan, dia dah kaya jadi tokey forex di Ampang... Mari kita serang dia... For everybody information... Ramdhan ni la yg mencipta sistem Blogstarz yg korup ni coz info semua aku dapat dari programer diorang. Iskandar pun kena tipu bulat2 dengan mangkuk Ramdhan ni. Aku memang buat duit coz orang terawal dan masa tu sistem nampak betul. Aku rasa Iskandar tak bersalah kerana dia buatkan ramai orang berjaya juga dalam blogstsrz ni.

    BalasPadam
  14. Karl iskandar tu dulu sblm blogstarz tu dua buat matrixcash, bossacademy yg tipu duit orang juta-juta... Skrg duit untung.blogstarz pg buka arowana farm, buat investment...

    Ramai dah orang terkena dgn.matrixcash cuba tgk blogstarz tp sib baik x join sbb iskandar dah onar masa matrix cash lg.. Klu nak join apa2... Cek dulu owner siapa tkut terkena .

    Cuba tgk invest arowana x berlesen tu investor apa dah jadi... Dpt ke semua untungnya...




    BalasPadam
  15. Poyo arowana2u web xde update dah lama Ramai investor x dpt pulangan la tu.... Ni tokey besar pakai merc cls masa blogstarz hr tu... Dgr khabar dari staf dia, habis aset blogstarz masuk poket lari buat arowana... Dia sendiri yg delete dan bunyi khabar nak jual je dan tutup blogstarz sbb dia MD boss besar sape lg yg berkuasa lu fikir sendiri la

    BalasPadam
  16. Aku pun daa terkenA join dgn bapak aku sekali.gilalaa blogstarz ni hrp kerajaan skmm siasat dulu sblum kluar ke akhbar tempatan..Blogatarz pulangkan blik 99 sy tu aku ank klantan xder duit ni.

    BalasPadam