14 Jun 2009

SONY PSP GO VS PSP 3000 !!


Yaa...baru-baru ini Sony telah mengeluarkan konsol PSP yang baru iaitu PSP GO. Menurut John Keller, Pengarah Pemasaran Sony America, PSP Go bukanlah pengganti kepada PSP tetapi akan dijual bersama PSP 3000.

Game yang akan menjadi tarikan konsol ini adalah Gran Turismo dan Metal Gear. Perbezaan ketara antara PSP Go dan PSP 3000 adalah dari segi rekabentuk. PSP Go lebih ringan dan kecil (hampir sama dengan iPhone). Keypad pula tersorok di bawah skrin dan ini adalah salah satu faktor mengapa PSP Go lebih kecil daripada PSP 3000. Jadi rekebentuk PSP Go adalah seperti handphone slide. Ia juga 43% lebih ringan dari PSP 3000.


PSP Go juga tidak menggunakan UMD disk seperti PSP 3000. Tapi ia mempunyai kapasiti dalaman 16gb disamping slot untuk memorystick. PSP Go juga ada kebolehan Bluetooth. Wow manarik!!

Walaubagaimanapun, saya rasa saya takkan beli PSP Go ni kerana rekabentunya tidak begitu menarik bagi saya, tak nampak seksi dan stylo, macam direka untuk budak-budak. Lagipun skrinnya lebih kecil berbanding PSP 3000, 3.8 inci berbanding 4.3 inci. Tak puas la nak main macam ni.

Rekabentuk PSP GO

Ok ini ada sedikit detail mengenai spesifikasi antara PSP 3000 dengan PSP GO. Mana lebih baik, terpulang kepada anda untuk memilihnya.Check It Out!

klik gambar untuk besarkan

Teruskan Membaca >>

05 Jun 2009

TRANSFORMERS: REVENGE OF THE FALLEN

Transformers kembali dengan jalan cerita, aksi dan effect yang lebih hebat, mantap dan mengasyikkan. Tak sabar rasanya nak tengok filem ni. Filem pertama transformers sebelum ni pun sampai 3 kali saya tonton. Huhuhu...memang syok!!Filem terbaru 'Transformers 2 – Revenge Of The Fallen' dijangka bakal menggegar panggung selewat-lewatnya pada 24 Jun 2009. Teaser Video filem ini juga dah banyak dikeluarkan.

Dari apa yang saya lihat filem ni memang mampu untuk jadi 'Box Office' dan mungkin mendapat kutipan lebih tinggi dari filem pertamanya. Tak sabar rasanya nak tunggu kemunculan filem ni. Kat bawah ni ada sedikit info mengenai filem ni.

Title: Transformers 2: Revenge Of The Fallen
Genre: Sci-Fi/Action/Adventure
Directed by: Michael Bay
Written by: Ehren Kruger (Screenplay) & Alex Kurtzman (Story)
Starring: Shia LaBeouf, Megan Fox, Josh Duhamel, Tyrese Gibson, John Turturro, Isabel Lucas, Rainn Wilson
Movie Release Dates: June 24, 2009

TRAILER




SCREENSHOT



POSTER FILEM

Teruskan Membaca >>

04 Jun 2009

AUTO HIDE PADA NAVBAR BLOGGER


Pada post sebelum ni saya menerangkan cara untuk menghilangkan navbar, tetapi pada kali ini saya nak buat auto hide navbar yang ternyata lebih menarik, bagi saya. Navbar pada Blogger sebenarnya mempunyai banyak kegunaannya walaupun kewujudannya akan menyebabkan blog kita tak kelihatan pro.

Seperti yang saya katakan sebelum ini, meghilangkan navbar pada blog melanggar TOS Blogger. Cara penyelesaian yang lebih baik adalah dengan meng'auto hide navbar. Bagaimana tu? Apabila pengunjung mengarahkan mouse ke bahagian atas maka navbar akan muncul, begitu juga sebaliknya apabila pengunjung mengarahkan mouse ke bawah navbar (tidak dalam area navbar) akan dihilangkan. Lagi menarik bukan?!!

Cara memasangnya:

Pada halaman Edit HTML, cari kod body { kemudian letakan kod di bawah ini di atas kod body {
Jangan lupa tick Expand Widget Templates

#navbar-iframe{opacity:0.0;filter:alpha(Opacity=0)}
#navbar-iframe:hover{opacity:1.0;filter:alpha(Opacity=100, FinishedOpacity=100)}

sekiranya anda telah memasang kod untuk menghilangkan navbar sebelum ini, anda hanya perlu menggantikan

kod tersebut dengan kod di atas.

contoh
-----------------------------------------------
Blogger Template Style
Name: Son of Moto (Mean Green Blogging Machine variation)
Designer: Jeffrey Zeldman
URL: www.zeldman.com
Date: 23 Feb 2004
Updated by: Blogger Team
----------------------------------------------- */

#navbar-iframe {
display: none !important;
}

/* Variable definitions
====================

setelah diletak kod auto hide
-----------------------------------------------
Blogger Template Style
Name: Son of Moto (Mean Green Blogging Machine variation)
Designer: Jeffrey Zeldman
URL: www.zeldman.com
Date: 23 Feb 2004
Updated by: Blogger Team
----------------------------------------------- */

#navbar-iframe{opacity:0.0;filter:alpha(Opacity=0)}
#navbar-iframe:hover{opacity:1.0;filter:alpha(Opacity=100, FinishedOpacity=100)}


/* Variable definitions
====================


Selamat mencuba :)

Teruskan Membaca >>

MENGHILANGKAN NAVBAR DI BLOG

Pada post kali ini saya ingin berkongsikan tip, bagaimana caranya untuk menghilangkan navbar di blog anda yang menggunakan blogspot.com. Caranya amat mudah dan ringkas tak perlu penin kepala.

Apa itu navbar?
Navbar adalah bar navigasi yang berada di bahagian atas page blog anda. Kegunannya adalah memudahkan pengguna lain untuk buat flag kat blog anda kalau blog anda dikategorikan melanggar TOS blogger.com atau kalau diorang tengok blog kita blog spam/sampah, diaorang boleh buat report dengan tekan button flag yang berada di navbar je.

Tapi ada juga sesetengah orang yang main taktik kotor dengan memanipulasikan penggunaan flag button ni yakni dengan merepot site blog anda kepada pihak blogger.com walaupun blog anda adalah clean. Sebab apa? Sebab nak mengurangkan pesaing atau kompetitor mereka.

Jadi dengan menghilangkan navbar ni, dapatlah jugak mengelakkan blog anda dilabelkan sebagai blog sampah. hehehehe :p

PERHATIAN: penghilangan yang dilakukan ini adalah secara ilegal dan dapat memungkinkan suatu blog akan di banned atau di blok pemakaiannya oleh blogger.

Langkah-langkahnya:

1. Log in ke blog
2. Layout > Edit Html
3. Klik Expand Widget Templates
4. Copy code ini dan paste ke dalam tag head

#navbar-iframe {
display: none !important; }

contohnya seperti berikut:

-----------------------------------------------
Blogger Template Style
Name: Son of Moto (Mean Green Blogging Machine variation)
Designer: Jeffrey Zeldman
URL: www.zeldman.com
Date: 23 Feb 2004
Updated by: Blogger Team
----------------------------------------------- */

#navbar-iframe {
display: none !important; }

/* Variable definitions
====================

Selamat Mencuba...!!

Teruskan Membaca >>

31 Mei 2009

HARI TANPA TEMBAKAU SEDUNIA

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menetapkan Hari Tanpa Tembakau Sedunia pada 31 Mei setiap tahun. Tema pada tahun ini ialah ' Amaran Kesihatan Bergambar' (Tobacco Health Warning). Maka jatuhlah pada hari ini. Bagaimana, hari ni anda ada isap rokok tak? Kepada sesiapa yang merokok cuba-cubalah berhenti merokok untuk hari ni, tapi berhenti terus lagi baik. Macam saya memang tak merokok, hidu bau asapnya pun dah buat sakit kepala.
Jadi, bersempena dengan hari ini saya nak berkongsi info sikit pasal Hari Tanpa Tembakau Sedunia ni. Apa tujuan sebenar Hari Tanpa Tembakau Sedunia ni?


Tujuannya adalah untuk:
  • meningkatkan kesedaran tentang masalah kesihatan berkaitan penggunaan tembakau.
  • mendedahkan bahaya sebenar tabiat merokok.
  • memberi sokongan penuh kempen anti merokok di kalangan perokok dan bukan perokok.
Tema sambutan 2009
“ Amaran Kesihatan Bergambar”  (Tobacco Health Warning)
  • Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan pelaksanaan amaran kesihatan bergambar yang merupakan antara usaha paling berkesan dalam menangani epidemik tembakau sedunia.
  • WHO menggariskan amaran kesihatan bergambar merangkumi lebih daripada separuh saiz kotak rokok, diletakkan di kedua-dua belah kotak serta disertai dengan gambar.
Kempen iklan Amaran Bergambar di Malaysia:
  • 1 Februari 2009-Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memulakan kempen ini.
  • Mulai ! Jun 2009-semua jenama rokok di pasaran tempatan diwajibkan memapar amaran bergambar pada kotak masing-masing.
  • KKM menggariskan amaran bergambar merangkumi 60% dan 40% daripada saiz kotak rokok di setiap belah kotak.


Keburukan merokok? Saya rasa ramai dah tahu banyak keburukanya. Lagipun info mengenai bahaya merokok banyak diiklankan di Majalah, Surat Khabar, Radio dan TV. Tak perlulah saya ceritakan kat sini. 
Kenapa anda perlu berhenti merokok? Ini antara jawabnya:
  • Melindungi Orang Lain. Bila anda merokok, orang lain turut menyedut asap rokok anda. Anda perokok aktif dan orang di sekeliling anda menjadi perokok pasif. Mana yang mati dulu? Jawabnya, anak anda, isteri anda, ibu dan ayah anda. Semuanya sebab anda!
  • Menjadi Teladan Yang Baik. Tunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak anda. Kanak-kanak lebih cenderong untuk merokok sekiranya salah seorang atau kedua-dua ibu bapa mereka merokok.
  • Meningkatkan Deria Rasa dan Hidu. Keupayaan deria untuk merasa dan menghidu akan meningkat dan kembali pulih seperti sediakala sama ketika anda belum menjadi perokok.
  • Kulit Lebih Sihat. Merokok mengakibatkan kulit tidak mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, oleh itu sel-sel baru tidak dapat membentuk dengan sempurna. Perokok biasanya cepat beruban, kulit tidak berseri dan cepat berkedut terutamanya di sekeliling mata dan mulut.
  • Nafas Lebih Segar. Nafas akan lebih segar dan tidak berbau busuk apabila anda berhenti merokok.
  • Gigi Lebih Putih. Merokok mengotorkan gigi anda. Merokok menyebabkan gigi anda berwarna kuning berkarat dan menjejaskan senyuman anda.
  • Rambut dan Pakaian Tidak Berbau Busuk. Asap rokok meninggalkan kesan bau busuk pada rambut dan pakaian anda. Anda akan dapat merasakan perbezaannya apabila anda berhenti merokok.
  • Menjimatkan Wang.
  • Melindungi Alam Sekitar. Asap rokok mencemarkan udara dan alam sekitar.
  • Kesuburan Meningkat. Amalan merokok boleh menyebabkan kelainan pada sperma dari segi mobiliti atau keupayaan bergerak, struktur tidak normal dan juga bilangan sperma yang berkurangan.
  • Kelakian Berkurangan. Merokok boleh menyebabkan impoten atau mati pucuk. Ini ialah kesan langsung ke atas keupayaan mendapatkan ereksi atau ketegangan pada alat kelamin yang terjejas akibat pembuluh darah pada alat kelamin tersebut menjadi lemah.
Bagi anda yang Islam, merokok adalah perbuatan yang haram:-

   1. Majlis Fatwa Negeri Kedah - Merokok adalah HARAM.
   2. Majlis Fatwa Negeri Perlis - Menanam tembakau/merokok dan menfaatkan hasil tembakau adalah
       HARAM berpandukan dalil-dalil serta nas-nas Al-Quran, hadis dan pendapat para ulama yang
       muktabar.
   3. Majlis Fatwa Negeri Selangor - Merokok adalah HARAM.
   4. Majlis Fatwa Negeri Sarawak - Merokok adalah HARAM dari pandangan Islam kerana padanya
       terdapat kemudaratan pada kesihatan dan pembaziran pada perbelanjaan.

Jika anda terasa ingin merokok lakukan tips di bawah:
  • Tarik nafas 3 kali secaara perlahan-lahan
  • Kunyah gula-gula getah atau buah-buahan tepi elakkan benda manis.
  • Basuh tangan kerana basuh tangan mengelakkan anda memegang rokok.
  • Lengahkan masa 5 minit atau katakan tunggu sebentar sebelum menyalakan rokok.
  • Minum air masak dan elakkan minuman berkafien.
  • Alihkan perhatian anda! banyakkan aktiviti sihat, bersenam, meditasi dan mandi dengan kerap.
  • Elakkan diri dari tempat merokok dan daripada perokok lain.
INFOLINE BERHENTI MEROKOK
03-8883 4400
Isnin - Jumaat, 8 pg - 5 ptg

Ok..diharap info ini dapat membantu mengurangkan merokok.

Teruskan Membaca >>

28 Mei 2009

BUAT DUIT DENGAN YOUTHSAYS

 

Adakah anda telah menyertai Youtsays? Jika sudah baguslah,anda pasti tahu kebaikan menyertai program ini, dan sudah semestinya telah membuat duit dari program ini. Bagi yang masih belum menyertainya cepat-cepatlah register. Tapi sebelum tu biarlah saya memberi sedikit penerangan asas mengenai Youthsays.


Apa itu Youthsays?

Youthsays adalah satu laman perkongsian idea PERCUMA oleh remaja dan belia melalui forum, survey dan aktiviti. Youthsays digerakkan oleh team Youth Malaysia. Fokus mereka adalah untuk belia di bawah 35 tahun. Survey yang diberikan ada berbayar dan ada percuma. Berbayar bermaksud anda akan dibayar jika menjawab survey tersebut. Di youthsays, anda di bayar untuk pandangan anda.(Paid Survey Program)


Terdapat banyak perkara menarik lain di Youthsays. kita bukan sahaja boleh membuat duit , tetapi juga boleh berkenalan dengan ahli Youthsays lain, saling bertukar pendapat dan juga bertanyakan sebarang soalan untuk mendapatkan pandangan.


Selain itu, anda juga mendapat RM0.40 untuk setiap orang yang mengaktifkan akaun dari link anda. Link tersebut anda akan dapat selepas mendaftar. Bagaimana, mudah bukan..dahla pendaftaran percuma! Jawab soalan dapat duit! Bawa orang join pun dapat duit! Tanpa sebarang modal!!

Apa lagi jomlah join sama-sama!!

Teruskan Membaca >>

27 Mei 2009

DASHBOARD BARU UNTUK BLOGSPOT!! BLOGGER IN DRAFT

Saya ada berita baik yang ingin dikongsi bersama pembaca sekalian, khasnya kepada pengguna Blogger. Saya menjumpai info ini ketika membaca di JomPhp. Blogger In Draft telah muncul untuk para pengguna Blogspot sekalian. Apa benda Blogger In Draft ni? Nak tau..



Ianya merupakan sistem Dashboard yang telah dinaiktaraf dengan antaramuka baru yang lebih menarik serta penambahan beberapa fungsi canggih. Antara fungsi-fungsi yang telah ditambah ialah:

1) Post editor baru
2) Star rating\Rating bintang
3) Import\Export blog post kepada format xml (untuk tujuan backup)
4) Embedded comment form (comment dibawah post ala Wordpress)
5) Webmaster tools verification (menggunakan google webmaster tools)

Sekiranya anda berminat untuk mencubanya bolehlah klik di sini

Login kemudian Check “Make Blogger in Draft my default dashboard” jika anda berminat untuk set ok!..



Selepas itu, anda klik Posting. anda akan dapat lihat pembahruan seperti ini.


Ok.. selamat mencuba

Teruskan Membaca >>

26 Mei 2009

SCROLLBOX DI DALAM BLOG


Sekiranya dalam blog kita ada scrollbox pasti akan kelihatan lebih menarik. Lagipun ianya akan menjimatkan banyak ruang pada posting dan tidaklah panjang menjela-jela. Bagaimana nak membuatnya..? Senang sahaja..tak perlu penin kepala.

Ikut langkah-langkah berikut:

1. Login > Layout > Edit Html (tandakan pada 'Expand Widget Templates')

2. Cari kod ini
]]></b:skin>

3. Letakkan kod berikut diatasnya
.scrollbox {
height:100px;
width:400px;
overflow:auto;
}

p.s. anda boleh mengubah saiz Hight dan Width mengikut kesesuaian anda.

4. Ketika posting, letakkan isi posting yang akan di scrollbox di antara kod <div class="scrollbox">
dan </div>

sebagai contoh :

<div class="scrollbox">
ini adalah isi di dalam scrollbar ini adalah isi di dalam scrollbar ini adalah isi di dalam scrollbar ini adalah isi di dalam scrollbar ini adalah isi di dalam scrollbar ini adalah isi di dalam scrollbar ini adalah isi di dalam scrollbar ini adalah isi di dalam scrollbar ini adalah isi di dalam scrollbar ini adalah isi di dalam scrollbar ini adalah isi di dalam scrollbar ini adalah isi di dalam scrollbar ini adalah isi di dalam scrollbar ini adalah isi di dalam scrollbar
</div>

Ini hasilnya


ini adalah isi di dalam scrollbar ini adalah isi di dalam scrollbar ini adalah isi di dalam scrollbar ini adalah isi di dalam scrollbar ini adalah isi di dalam scrollbar ini adalah isi di dalam scrollbar ini adalah isi di dalam scrollbar ini adalah isi di dalam scrollbar ini adalah isi di dalam scrollbar ini adalah isi di dalam scrollbar ini adalah isi di dalam scrollbar ini adalah isi di dalam scrollbar ini adalah isi di dalam scrollbar ini adalah isi di dalam scrollbar

Teruskan Membaca >>