14 Jun 2009

SONY PSP GO VS PSP 3000 !!


Yaa...baru-baru ini Sony telah mengeluarkan konsol PSP yang baru iaitu PSP GO. Menurut John Keller, Pengarah Pemasaran Sony America, PSP Go bukanlah pengganti kepada PSP tetapi akan dijual bersama PSP 3000.

Game yang akan menjadi tarikan konsol ini adalah Gran Turismo dan Metal Gear. Perbezaan ketara antara PSP Go dan PSP 3000 adalah dari segi rekabentuk. PSP Go lebih ringan dan kecil (hampir sama dengan iPhone). Keypad pula tersorok di bawah skrin dan ini adalah salah satu faktor mengapa PSP Go lebih kecil daripada PSP 3000. Jadi rekebentuk PSP Go adalah seperti handphone slide. Ia juga 43% lebih ringan dari PSP 3000.


PSP Go juga tidak menggunakan UMD disk seperti PSP 3000. Tapi ia mempunyai kapasiti dalaman 16gb disamping slot untuk memorystick. PSP Go juga ada kebolehan Bluetooth. Wow manarik!!

Walaubagaimanapun, saya rasa saya takkan beli PSP Go ni kerana rekabentunya tidak begitu menarik bagi saya, tak nampak seksi dan stylo, macam direka untuk budak-budak. Lagipun skrinnya lebih kecil berbanding PSP 3000, 3.8 inci berbanding 4.3 inci. Tak puas la nak main macam ni.

Rekabentuk PSP GO

Ok ini ada sedikit detail mengenai spesifikasi antara PSP 3000 dengan PSP GO. Mana lebih baik, terpulang kepada anda untuk memilihnya.Check It Out!

klik gambar untuk besarkan

Teruskan Membaca >>

05 Jun 2009

TRANSFORMERS: REVENGE OF THE FALLEN

Transformers kembali dengan jalan cerita, aksi dan effect yang lebih hebat, mantap dan mengasyikkan. Tak sabar rasanya nak tengok filem ni. Filem pertama transformers sebelum ni pun sampai 3 kali saya tonton. Huhuhu...memang syok!!Filem terbaru 'Transformers 2 – Revenge Of The Fallen' dijangka bakal menggegar panggung selewat-lewatnya pada 24 Jun 2009. Teaser Video filem ini juga dah banyak dikeluarkan.

Dari apa yang saya lihat filem ni memang mampu untuk jadi 'Box Office' dan mungkin mendapat kutipan lebih tinggi dari filem pertamanya. Tak sabar rasanya nak tunggu kemunculan filem ni. Kat bawah ni ada sedikit info mengenai filem ni.

Title: Transformers 2: Revenge Of The Fallen
Genre: Sci-Fi/Action/Adventure
Directed by: Michael Bay
Written by: Ehren Kruger (Screenplay) & Alex Kurtzman (Story)
Starring: Shia LaBeouf, Megan Fox, Josh Duhamel, Tyrese Gibson, John Turturro, Isabel Lucas, Rainn Wilson
Movie Release Dates: June 24, 2009

TRAILER




SCREENSHOT



POSTER FILEM

Teruskan Membaca >>

04 Jun 2009

AUTO HIDE PADA NAVBAR BLOGGER


Pada post sebelum ni saya menerangkan cara untuk menghilangkan navbar, tetapi pada kali ini saya nak buat auto hide navbar yang ternyata lebih menarik, bagi saya. Navbar pada Blogger sebenarnya mempunyai banyak kegunaannya walaupun kewujudannya akan menyebabkan blog kita tak kelihatan pro.

Seperti yang saya katakan sebelum ini, meghilangkan navbar pada blog melanggar TOS Blogger. Cara penyelesaian yang lebih baik adalah dengan meng'auto hide navbar. Bagaimana tu? Apabila pengunjung mengarahkan mouse ke bahagian atas maka navbar akan muncul, begitu juga sebaliknya apabila pengunjung mengarahkan mouse ke bawah navbar (tidak dalam area navbar) akan dihilangkan. Lagi menarik bukan?!!

Cara memasangnya:

Pada halaman Edit HTML, cari kod body { kemudian letakan kod di bawah ini di atas kod body {
Jangan lupa tick Expand Widget Templates

#navbar-iframe{opacity:0.0;filter:alpha(Opacity=0)}
#navbar-iframe:hover{opacity:1.0;filter:alpha(Opacity=100, FinishedOpacity=100)}

sekiranya anda telah memasang kod untuk menghilangkan navbar sebelum ini, anda hanya perlu menggantikan

kod tersebut dengan kod di atas.

contoh
-----------------------------------------------
Blogger Template Style
Name: Son of Moto (Mean Green Blogging Machine variation)
Designer: Jeffrey Zeldman
URL: www.zeldman.com
Date: 23 Feb 2004
Updated by: Blogger Team
----------------------------------------------- */

#navbar-iframe {
display: none !important;
}

/* Variable definitions
====================

setelah diletak kod auto hide
-----------------------------------------------
Blogger Template Style
Name: Son of Moto (Mean Green Blogging Machine variation)
Designer: Jeffrey Zeldman
URL: www.zeldman.com
Date: 23 Feb 2004
Updated by: Blogger Team
----------------------------------------------- */

#navbar-iframe{opacity:0.0;filter:alpha(Opacity=0)}
#navbar-iframe:hover{opacity:1.0;filter:alpha(Opacity=100, FinishedOpacity=100)}


/* Variable definitions
====================


Selamat mencuba :)

Teruskan Membaca >>

MENGHILANGKAN NAVBAR DI BLOG

Pada post kali ini saya ingin berkongsikan tip, bagaimana caranya untuk menghilangkan navbar di blog anda yang menggunakan blogspot.com. Caranya amat mudah dan ringkas tak perlu penin kepala.

Apa itu navbar?
Navbar adalah bar navigasi yang berada di bahagian atas page blog anda. Kegunannya adalah memudahkan pengguna lain untuk buat flag kat blog anda kalau blog anda dikategorikan melanggar TOS blogger.com atau kalau diorang tengok blog kita blog spam/sampah, diaorang boleh buat report dengan tekan button flag yang berada di navbar je.

Tapi ada juga sesetengah orang yang main taktik kotor dengan memanipulasikan penggunaan flag button ni yakni dengan merepot site blog anda kepada pihak blogger.com walaupun blog anda adalah clean. Sebab apa? Sebab nak mengurangkan pesaing atau kompetitor mereka.

Jadi dengan menghilangkan navbar ni, dapatlah jugak mengelakkan blog anda dilabelkan sebagai blog sampah. hehehehe :p

PERHATIAN: penghilangan yang dilakukan ini adalah secara ilegal dan dapat memungkinkan suatu blog akan di banned atau di blok pemakaiannya oleh blogger.

Langkah-langkahnya:

1. Log in ke blog
2. Layout > Edit Html
3. Klik Expand Widget Templates
4. Copy code ini dan paste ke dalam tag head

#navbar-iframe {
display: none !important; }

contohnya seperti berikut:

-----------------------------------------------
Blogger Template Style
Name: Son of Moto (Mean Green Blogging Machine variation)
Designer: Jeffrey Zeldman
URL: www.zeldman.com
Date: 23 Feb 2004
Updated by: Blogger Team
----------------------------------------------- */

#navbar-iframe {
display: none !important; }

/* Variable definitions
====================

Selamat Mencuba...!!

Teruskan Membaca >>