14 Jun 2009
SONY PSP GO VS PSP 3000 !!
Yaa...baru-baru ini Sony telah mengeluarkan konsol PSP yang baru iaitu PSP GO. Menurut John Keller, Pengarah Pemasaran Sony America, PSP Go bukanlah pengganti kepada PSP tetapi akan dijual bersama PSP 3000.
Game yang akan menjadi tarikan konsol ini adalah Gran Turismo dan Metal Gear. Perbezaan ketara antara PSP Go dan PSP 3000 adalah dari segi rekabentuk. PSP Go lebih ringan dan kecil (hampir sama dengan iPhone). Keypad pula tersorok di bawah skrin dan ini adalah salah satu faktor mengapa PSP Go lebih kecil daripada PSP 3000. Jadi rekebentuk PSP Go adalah seperti handphone slide. Ia juga 43% lebih ringan dari PSP 3000.
PSP Go juga tidak menggunakan UMD disk seperti PSP 3000. Tapi ia mempunyai kapasiti dalaman 16gb disamping slot untuk memorystick. PSP Go juga ada kebolehan Bluetooth. Wow manarik!!
Walaubagaimanapun, saya rasa saya takkan beli PSP Go ni kerana rekabentunya tidak begitu menarik bagi saya, tak nampak seksi dan stylo, macam direka untuk budak-budak. Lagipun skrinnya lebih kecil berbanding PSP 3000, 3.8 inci berbanding 4.3 inci. Tak puas la nak main macam ni.
Rekabentuk PSP GO
Ok ini ada sedikit detail mengenai spesifikasi antara PSP 3000 dengan PSP GO. Mana lebih baik, terpulang kepada anda untuk memilihnya.Check It Out!
klik gambar untuk besarkan
Teruskan Membaca >>
05 Jun 2009
TRANSFORMERS: REVENGE OF THE FALLEN
Transformers kembali dengan jalan cerita, aksi dan effect yang lebih hebat, mantap dan mengasyikkan. Tak sabar rasanya nak tengok filem ni. Filem pertama transformers sebelum ni pun sampai 3 kali saya tonton. Huhuhu...memang syok!!Filem terbaru 'Transformers 2 – Revenge Of The Fallen' dijangka bakal menggegar panggung selewat-lewatnya pada 24 Jun 2009. Teaser Video filem ini juga dah banyak dikeluarkan.
Dari apa yang saya lihat filem ni memang mampu untuk jadi 'Box Office' dan mungkin mendapat kutipan lebih tinggi dari filem pertamanya. Tak sabar rasanya nak tunggu kemunculan filem ni. Kat bawah ni ada sedikit info mengenai filem ni.
Title: Transformers 2: Revenge Of The Fallen
Genre: Sci-Fi/Action/Adventure
Directed by: Michael Bay
Written by: Ehren Kruger (Screenplay) & Alex Kurtzman (Story)
Starring: Shia LaBeouf, Megan Fox, Josh Duhamel, Tyrese Gibson, John Turturro, Isabel Lucas, Rainn Wilson
Movie Release Dates: June 24, 2009
TRAILER
SCREENSHOT
POSTER FILEM
Teruskan Membaca >>
04 Jun 2009
AUTO HIDE PADA NAVBAR BLOGGER
Pada post sebelum ni saya menerangkan cara untuk menghilangkan navbar, tetapi pada kali ini saya nak buat auto hide navbar yang ternyata lebih menarik, bagi saya. Navbar pada Blogger sebenarnya mempunyai banyak kegunaannya walaupun kewujudannya akan menyebabkan blog kita tak kelihatan pro.
Seperti yang saya katakan sebelum ini, meghilangkan navbar pada blog melanggar TOS Blogger. Cara penyelesaian yang lebih baik adalah dengan meng'auto hide navbar. Bagaimana tu? Apabila pengunjung mengarahkan mouse ke bahagian atas maka navbar akan muncul, begitu juga sebaliknya apabila pengunjung mengarahkan mouse ke bawah navbar (tidak dalam area navbar) akan dihilangkan. Lagi menarik bukan?!!
Cara memasangnya:
Pada halaman Edit HTML, cari kod body { kemudian letakan kod di bawah ini di atas kod body {
Jangan lupa tick Expand Widget Templates
#navbar-iframe{opacity:0.0;filter:alpha(Opacity=0)}
#navbar-iframe:hover{opacity:1.0;filter:alpha(Opacity=100, FinishedOpacity=100)}
sekiranya anda telah memasang kod untuk menghilangkan navbar sebelum ini, anda hanya perlu menggantikan
kod tersebut dengan kod di atas.
contoh
Blogger Template Style
Name: Son of Moto (Mean Green Blogging Machine variation)
Designer: Jeffrey Zeldman
URL: www.zeldman.com
Date: 23 Feb 2004
Updated by: Blogger Team
#navbar-iframe {
display: none !important;
/* Variable definitions
setelah diletak kod auto hide
Blogger Template Style
Name: Son of Moto (Mean Green Blogging Machine variation)
Designer: Jeffrey Zeldman
URL: www.zeldman.com
Date: 23 Feb 2004
Updated by: Blogger Team
#navbar-iframe{opacity:0.0;filter:alpha(Opacity=0)}
#navbar-iframe:hover{opacity:1.0;filter:alpha(Opacity=100, FinishedOpacity=100)}
/* Variable definitions
Selamat mencuba :)
Teruskan Membaca >>
MENGHILANGKAN NAVBAR DI BLOG
Pada post kali ini saya ingin berkongsikan tip, bagaimana caranya untuk menghilangkan navbar di blog anda yang menggunakan blogspot.com. Caranya amat mudah dan ringkas tak perlu penin kepala.
Apa itu navbar?
Navbar adalah bar navigasi yang berada di bahagian atas page blog anda. Kegunannya adalah memudahkan pengguna lain untuk buat flag kat blog anda kalau blog anda dikategorikan melanggar TOS blogger.com atau kalau diorang tengok blog kita blog spam/sampah, diaorang boleh buat report dengan tekan button flag yang berada di navbar je.
Tapi ada juga sesetengah orang yang main taktik kotor dengan memanipulasikan penggunaan flag button ni yakni dengan merepot site blog anda kepada pihak blogger.com walaupun blog anda adalah clean. Sebab apa? Sebab nak mengurangkan pesaing atau kompetitor mereka.
Jadi dengan menghilangkan navbar ni, dapatlah jugak mengelakkan blog anda dilabelkan sebagai blog sampah. hehehehe :p
PERHATIAN: penghilangan yang dilakukan ini adalah secara ilegal dan dapat memungkinkan suatu blog akan di banned atau di blok pemakaiannya oleh blogger.
Langkah-langkahnya:
1. Log in ke blog
2. Layout > Edit Html
3. Klik Expand Widget Templates
4. Copy code ini dan paste ke dalam tag head
#navbar-iframe {
display: none !important; }
contohnya seperti berikut:
Blogger Template Style
Name: Son of Moto (Mean Green Blogging Machine variation)
Designer: Jeffrey Zeldman
URL: www.zeldman.com
Date: 23 Feb 2004
Updated by: Blogger Team
#navbar-iframe {
display: none !important; }
/* Variable definitions
Selamat Mencuba...!!
Teruskan Membaca >>
31 Mei 2009
HARI TANPA TEMBAKAU SEDUNIA
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menetapkan Hari Tanpa Tembakau Sedunia pada 31 Mei setiap tahun. Tema pada tahun ini ialah ' Amaran Kesihatan Bergambar' (Tobacco Health Warning). Maka jatuhlah pada hari ini. Bagaimana, hari ni anda ada isap rokok tak? Kepada sesiapa yang merokok cuba-cubalah berhenti merokok untuk hari ni, tapi berhenti terus lagi baik. Macam saya memang tak merokok, hidu bau asapnya pun dah buat sakit kepala.
Jadi, bersempena dengan hari ini saya nak berkongsi info sikit pasal Hari Tanpa Tembakau Sedunia ni. Apa tujuan sebenar Hari Tanpa Tembakau Sedunia ni?
Tujuannya adalah untuk:
• meningkatkan kesedaran tentang masalah kesihatan berkaitan penggunaan tembakau.
• mendedahkan bahaya sebenar tabiat merokok.
• memberi sokongan penuh kempen anti merokok di kalangan perokok dan bukan perokok.
Tema sambutan 2009
“ Amaran Kesihatan Bergambar”  (Tobacco Health Warning)
• Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan pelaksanaan amaran kesihatan bergambar yang merupakan antara usaha paling berkesan dalam menangani epidemik tembakau sedunia.
• WHO menggariskan amaran kesihatan bergambar merangkumi lebih daripada separuh saiz kotak rokok, diletakkan di kedua-dua belah kotak serta disertai dengan gambar.
Kempen iklan Amaran Bergambar di Malaysia:
• 1 Februari 2009-Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memulakan kempen ini.
• Mulai ! Jun 2009-semua jenama rokok di pasaran tempatan diwajibkan memapar amaran bergambar pada kotak masing-masing.
• KKM menggariskan amaran bergambar merangkumi 60% dan 40% daripada saiz kotak rokok di setiap belah kotak.
Keburukan merokok? Saya rasa ramai dah tahu banyak keburukanya. Lagipun info mengenai bahaya merokok banyak diiklankan di Majalah, Surat Khabar, Radio dan TV. Tak perlulah saya ceritakan kat sini.
Kenapa anda perlu berhenti merokok? Ini antara jawabnya:
• Melindungi Orang Lain. Bila anda merokok, orang lain turut menyedut asap rokok anda. Anda perokok aktif dan orang di sekeliling anda menjadi perokok pasif. Mana yang mati dulu? Jawabnya, anak anda, isteri anda, ibu dan ayah anda. Semuanya sebab anda!
• Menjadi Teladan Yang Baik. Tunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak anda. Kanak-kanak lebih cenderong untuk merokok sekiranya salah seorang atau kedua-dua ibu bapa mereka merokok.
• Meningkatkan Deria Rasa dan Hidu. Keupayaan deria untuk merasa dan menghidu akan meningkat dan kembali pulih seperti sediakala sama ketika anda belum menjadi perokok.
• Kulit Lebih Sihat. Merokok mengakibatkan kulit tidak mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, oleh itu sel-sel baru tidak dapat membentuk dengan sempurna. Perokok biasanya cepat beruban, kulit tidak berseri dan cepat berkedut terutamanya di sekeliling mata dan mulut.
• Nafas Lebih Segar. Nafas akan lebih segar dan tidak berbau busuk apabila anda berhenti merokok.
• Gigi Lebih Putih. Merokok mengotorkan gigi anda. Merokok menyebabkan gigi anda berwarna kuning berkarat dan menjejaskan senyuman anda.
• Rambut dan Pakaian Tidak Berbau Busuk. Asap rokok meninggalkan kesan bau busuk pada rambut dan pakaian anda. Anda akan dapat merasakan perbezaannya apabila anda berhenti merokok.
• Menjimatkan Wang.
• Melindungi Alam Sekitar. Asap rokok mencemarkan udara dan alam sekitar.
• Kesuburan Meningkat. Amalan merokok boleh menyebabkan kelainan pada sperma dari segi mobiliti atau keupayaan bergerak, struktur tidak normal dan juga bilangan sperma yang berkurangan.
• Kelakian Berkurangan. Merokok boleh menyebabkan impoten atau mati pucuk. Ini ialah kesan langsung ke atas keupayaan mendapatkan ereksi atau ketegangan pada alat kelamin yang terjejas akibat pembuluh darah pada alat kelamin tersebut menjadi lemah.
Bagi anda yang Islam, merokok adalah perbuatan yang haram:-
1. Majlis Fatwa Negeri Kedah - Merokok adalah HARAM.
2. Majlis Fatwa Negeri Perlis - Menanam tembakau/merokok dan menfaatkan hasil tembakau adalah
HARAM berpandukan dalil-dalil serta nas-nas Al-Quran, hadis dan pendapat para ulama yang
muktabar.
3. Majlis Fatwa Negeri Selangor - Merokok adalah HARAM.
4. Majlis Fatwa Negeri Sarawak - Merokok adalah HARAM dari pandangan Islam kerana padanya
terdapat kemudaratan pada kesihatan dan pembaziran pada perbelanjaan.
Jika anda terasa ingin merokok lakukan tips di bawah:
• Tarik nafas 3 kali secaara perlahan-lahan
• Kunyah gula-gula getah atau buah-buahan tepi elakkan benda manis.
• Basuh tangan kerana basuh tangan mengelakkan anda memegang rokok.
• Lengahkan masa 5 minit atau katakan tunggu sebentar sebelum menyalakan rokok.
• Minum air masak dan elakkan minuman berkafien.
• Alihkan perhatian anda! banyakkan aktiviti sihat, bersenam, meditasi dan mandi dengan kerap.
• Elakkan diri dari tempat merokok dan daripada perokok lain.
INFOLINE BERHENTI MEROKOK
03-8883 4400
Isnin - Jumaat, 8 pg - 5 ptg
Ok..diharap info ini dapat membantu mengurangkan merokok.
Teruskan Membaca >>
28 Mei 2009
BUAT DUIT DENGAN YOUTHSAYS
Adakah anda telah menyertai Youtsays? Jika sudah baguslah,anda pasti tahu kebaikan menyertai program ini, dan sudah semestinya telah membuat duit dari program ini. Bagi yang masih belum menyertainya cepat-cepatlah register. Tapi sebelum tu biarlah saya memberi sedikit penerangan asas mengenai Youthsays.
Apa itu Youthsays?
Youthsays adalah satu laman perkongsian idea PERCUMA oleh remaja dan belia melalui forum, survey dan aktiviti. Youthsays digerakkan oleh team Youth Malaysia. Fokus mereka adalah untuk belia di bawah 35 tahun. Survey yang diberikan ada berbayar dan ada percuma. Berbayar bermaksud anda akan dibayar jika menjawab survey tersebut. Di youthsays, anda di bayar untuk pandangan anda.(Paid Survey Program)
Terdapat banyak perkara menarik lain di Youthsays. kita bukan sahaja boleh membuat duit , tetapi juga boleh berkenalan dengan ahli Youthsays lain, saling bertukar pendapat dan juga bertanyakan sebarang soalan untuk mendapatkan pandangan.
Selain itu, anda juga mendapat RM0.40 untuk setiap orang yang mengaktifkan akaun dari link anda. Link tersebut anda akan dapat selepas mendaftar. Bagaimana, mudah bukan..dahla pendaftaran percuma! Jawab soalan dapat duit! Bawa orang join pun dapat duit! Tanpa sebarang modal!!
Apa lagi jomlah join sama-sama!!
Teruskan Membaca >>
27 Mei 2009
DASHBOARD BARU UNTUK BLOGSPOT!! BLOGGER IN DRAFT
Saya ada berita baik yang ingin dikongsi bersama pembaca sekalian, khasnya kepada pengguna Blogger. Saya menjumpai info ini ketika membaca di JomPhp. Blogger In Draft telah muncul untuk para pengguna Blogspot sekalian. Apa benda Blogger In Draft ni? Nak tau..
Ianya merupakan sistem Dashboard yang telah dinaiktaraf dengan antaramuka baru yang lebih menarik serta penambahan beberapa fungsi canggih. Antara fungsi-fungsi yang telah ditambah ialah:
1) Post editor baru
2) Star rating\Rating bintang
3) Import\Export blog post kepada format xml (untuk tujuan backup)
4) Embedded comment form (comment dibawah post ala Wordpress)
5) Webmaster tools verification (menggunakan google webmaster tools)
Sekiranya anda berminat untuk mencubanya bolehlah klik di sini
Login kemudian Check “Make Blogger in Draft my default dashboard” jika anda berminat untuk set ok!..
Selepas itu, anda klik Posting. anda akan dapat lihat pembahruan seperti ini.
Ok.. selamat mencuba
Teruskan Membaca >>
26 Mei 2009
SCROLLBOX DI DALAM BLOG
Sekiranya dalam blog kita ada scrollbox pasti akan kelihatan lebih menarik. Lagipun ianya akan menjimatkan banyak ruang pada posting dan tidaklah panjang menjela-jela. Bagaimana nak membuatnya..? Senang sahaja..tak perlu penin kepala.
Ikut langkah-langkah berikut:
1. Login > Layout > Edit Html (tandakan pada 'Expand Widget Templates')
2. Cari kod ini
]]></b:skin>
3. Letakkan kod berikut diatasnya
.scrollbox {
height:100px;
width:400px;
overflow:auto;
p.s. anda boleh mengubah saiz Hight dan Width mengikut kesesuaian anda.
4. Ketika posting, letakkan isi posting yang akan di scrollbox di antara kod
dan
sebagai contoh :
ini adalah isi di dalam scrollbar ini adalah isi di dalam scrollbar ini adalah isi di dalam scrollbar ini adalah isi di dalam scrollbar ini adalah isi di dalam scrollbar ini adalah isi di dalam scrollbar ini adalah isi di dalam scrollbar ini adalah isi di dalam scrollbar ini adalah isi di dalam scrollbar ini adalah isi di dalam scrollbar ini adalah isi di dalam scrollbar ini adalah isi di dalam scrollbar ini adalah isi di dalam scrollbar ini adalah isi di dalam scrollbar
Ini hasilnya
ini adalah isi di dalam scrollbar ini adalah isi di dalam scrollbar ini adalah isi di dalam scrollbar ini adalah isi di dalam scrollbar ini adalah isi di dalam scrollbar ini adalah isi di dalam scrollbar ini adalah isi di dalam scrollbar ini adalah isi di dalam scrollbar ini adalah isi di dalam scrollbar ini adalah isi di dalam scrollbar ini adalah isi di dalam scrollbar ini adalah isi di dalam scrollbar ini adalah isi di dalam scrollbar ini adalah isi di dalam scrollbar
Teruskan Membaca >>
CARA MEMBUAT READ MORE DI BLOG
Sekiranya artikel yang kita tulis panjang, kita boleh memendekkannya dengan menggunakan fungsi read More. Penggunaan Read More bukan sahaja menjadikan blog kelihatan lebih kemas dan menarik, tetapi juga memudahkan pelawat untuk memilih artikel yang ingin dibacanya.
Sebenarnya terdapat banyak cara untuk membuat Read More dalam blog. Tetapi saya rasa cara inilah yang paling mudah. Cuma ikut langkah-langkah yang akan saya terangkan di bawah..ok
1. Login > layout > Edit Html (jangan lupa tandakan pada 'expand widget template')
2. Cari kod ini
di bawahnya ada kod ini
<data:post.body/>
3. Gantikan kod
<data:post.body/>
dengan kod di bawah ini
<data:post.body/>
<data:post.body/>
Read More...... </b:if>
p.s. tulisan Read More boleh diubah seperti Baca Selanjutnya, Teruskan Membaca ...dan lain-lain lagi mengikut selera anda.
4. Save Template
5. Pergi pula ke Settings > Formatting.
6. Masukkan kod di bawah ini ke dalam Post Template
7. Save Setting
8. Setelah itu pergi ke posting anda.Pilih menu Edit Html bukannya Compose.Akan kelihatan kod
ini  dan juga  jangan delete kod tersebut
(kod tersebut penting)
9. Tulis segala artikel yang hendak ditampilkan pada halaman utama di atas kod , dan yang tak mahu kelihatan diantara  dan
Contohnya seperti ini
Many people on the web today are making a great deal of money by writing blogs. There are a few ways to make money via a blog. Google AdSense can be placed on blogs which will show ads based on the content of your blog. You can also place banner ads on a blog which also brings money in. One of the most popular ways of making money through a blog is through hyperlinks. You will all of these methods put into place whenever you read a blog.  (pada bahagian ini post akan dipenggal)
The first thing to do is to start a blog. If you are not a good writer or have no idea what to blog about, just choose a topic you have an interest in. For example, if you have a favorite television show that you watch, you can blog about it. If you have a favorite food or restaurant, you can start a blog about where to find such food. The key is to choose a topic which you know a lot about and can give a great deal of information about.
Ini hasilnya
Many people on the web today are making a great deal of money by writing blogs. There are a few ways to make money via a blog. Google AdSense can be placed on blogs which will show ads based on the content of your blog. You can also place banner ads on a blog which also brings money in. One of the most popular ways of making money through a blog is through hyperlinks. You will all of these methods put into place whenever you read a blog.Read more..
Teruskan Membaca >>
17 Mei 2009
RSS
Kali ini, saya ingin berkongsi mengenai RSS. Namun saya hanya akan menyentuh secara asas dan mudah mengenai RSS. Apa tu? Saya rasa, pasti masih ramai yang tidak tahu apa itu RSS tapi saya yakin ramai yang sedar akan 3 huruf tersebut, hehe.. RSS. Sebut jer lah. ;)
RSS adalah singkatan bagi Really Simple Syndication atau dipanggil juga Rich Site Summary. Apapun panggilannya, itu tidak penting. Yang lebih utama untuk diketahui adalah, apakah kegunaannya? Bagaimana menggunakannya?
RSS adalah satu teknologi web yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih mudah dan peratus kesampaiannya (delivery) ke emel ‘prospek’ atau pembaca adalah menghampiri 100%. RSS adalah antara cara lain bagaimana mahu mengelakkan emel yang dihantar kepada ‘prospek’ atau bakal pembeli atau pembaca blog kita tidak masuk ke dalam bahagian bulk folder emel (dianggap spam).
RSS amat berguna bagi anda jika anda banyak buah blog yang perlu anda lawati setiap hari. Katakan anda ada 20 buah blog yang selalu dibaca, maka mungkin sebelum ini anda perlu menaip di browser untuk masuk ke satu-satu blog bagi melihat ada atau tidak artikel baru di blog itu, tetapi dengan RSS anda tidak perlu melakukan cara ‘manual’ itu lagi.
RSS adalah teknologi dan untuk pengaplikasian teknologi ini, maka salah satu aplikasi yang diguna ramai adalah RSS Reader. Ia terdiri daripada dua bentuk iaitu secara Web dan juga pasang (install) di komputer. Terserah kepada anda mahu menggunakan cara mana. Tapi di artikel ini saya akan tunjukkan anda menggunakan RSS Reader Google d
an WebClip yang di emel Gmail anda (sambil baca emel, akan keluar tajuk artikel dari blog kegemaran anda di ruang atasnya).
Biar saya memberikan analogi agar anda faham mengapa perlu menggunakan RSS Reader. Katakan sebelum ini anda membeli 3 akhbar sekaligus dan anda membelinya secara sendiri, iaitu pergi ke kedai. Tapi, selepas itu anda telah menggunakan khidmat agen penghantar akhbar terus ke rumah anda. Maksudnya, maklumat yang and
a perlukan terus sampai ke rumah tanpa perlu anda pergi mendapatkannya sendiri.
Begitu juga dengan RSS Reader, ia akan memaparkan tajuk artikel terkini dari blog kegemaran anda jika ada. Anda tidak perlu pergi ke satu demi satu blog untuk melihat adakah blogger terbabit telah menulis artikel baru atau tidak. Cukup hanya tunggu RSS Reader memaparkan tajuk-tajuk terbaru terus dari blog kesukaan anda itu.
Di RSS Reader, bergantung kepada setting penulis di blog itu, anda mungkin akan dipaparkan separuh atau tulisan artikel tersebut. Jika separuh, maka anda perlu pergi juga ke blog tersebut untuk membaca ‘baki’ tulisan yang lain dan begitu juga jika
anda ingin memberikan komen, maka anda perlu ke blog itu terus.
soalnya, bagaimana mahu menggunakan RSS Reader Google? Mudah sahaja…klik sini
Teruskan Membaca >>
5 TIPS UNTUK JADI BLOGGER
Salam semua para pembaca blog sekalian.Kali ini saya nak berkongsi mengenai blogger tips. Ini merupakan first post untuk tips blog, apa yang saya harapkan ianya boleh menjadi panduan berguna untuk semua blogger dan juga diri saya sendiri. Sudah lama saya merancang untuk menulis mengenai tips-tips blog ni. Saya ada beberapa koleksi tips-tips blog, tapi hari ini saya nak bercerita mengenai asas berblog dahulu.
Ok post kali ni saya nak kongsikan bersama pembaca sekalian tentang 5 tips untuk jadi blogger dan apa sepatutnya ditulis oleh seorang blogger yang masih baru atau baru nak belajar berblog ni..Jom saya bawakan anda antara 5 tips terbaik untuk anda jadi blogger jika anda masih baru..(yang dah lama pun boleh baca..:D) (tips ni saya ambil dari reezluv)
1.Free atau berbayar?
Disini terdapat choice yang paling mudah,jika anda mahukan yang free, anda boleh dapatkan percuma sahaja di Blogger.com yang mana anda semua sudah kenal bukan?Hanya sign up satu akaun google email dan anda sudah layak mendapatkan blog free yang anda inginkan .Url anda untuk blog jenis ini tentu seperti ini namablog.blogspot.com.
Tetapi jika anda inginkan kelainan seperti blog wordpress ini boleh dapatkan nama domain anda sendiri seperti www.namablog.com,namablog.net dan lain-lain lagi.
Untuk dapatkan pelbagai tips dan juga info tentang blog wordpress dan bagaimana nak dapatkan blog dot com ini dan macam mana nak setupnya, serta banyak lagi info menarik, anda boleh dapatkannya di link ini
2.Content Blog anda
Adakah anda blur tentang content yang perlu anda tulis?sebelum anda pilih nama blog pastikan anda tahu anda ingin berblog mengenai apa..jika ianya blog peribadi, jadi anda bebas untuk menulis apa sahaja yang anda inginkan.
3.Jangan Mengiklan Blog Post
Pernahkah anda melihat post blog tersebut hanya mengiklan sesuatu produk yang mana penulis blog tersebut hanya mengiklan di setiap blog postnya?Atau hanya ada satu post sahaja?Ada bukan?Untuk pengetahuan, itu bukanlah blogger sebenar..Blogger sebenar berkongsi ilmu dan pengetahuan dengan pembacanya dan jika ada produk yang baik, penulis blog itu akan rekemen sesuatu produk, dan bukannya mengiklan..lain bukan?
4.Hindarkan Banner Yang bersepah
Ini rasanya paling banyak dibuat oleh para blogger tidak kira lah baru atau lama..jika anda membuat servis pengiklanan di blog anda, pastikan ianya diletakkan di tempat yang betul dan tidak mengganggu pembaca untuk membaca blog post anda. bagi yang masih baru, tentu ghairah nak mulakan bisnes internet dan mereka sign up macam-macam affiliate dan letak di blog mereka sedangkan visitor blog tak sampai 10 orang setiap hari..:D..dan blog post pun baru sahaja 2 atau 3..jika anda sebagai pembaca..adakah anda tertarik untuk klik dengan iklan yang banyak dan juga anda lihat blog post masih baru?
5.Gunakan Kuasa Feedburner
Ingatkan blog reader anda untuk subscribe feed anda untuk mereka dapatkan info terkini berkenaan blog anda.Ini adalah untuk memastikan anda mendapat blog reader yang amat minat dengan blog post anda dan seterusnya subscribe blog anda dan mereka akan membaca blog and jika anda update blog anda.Caranya hanya daftar di Feedburner.com dan masukkan link blog anda dan aktifkan feed anda.
Anda boleh dapatkan info mengenai Feedburner dan cara menggunakannya menerusi link yang sudah saya berikan itu ya? Jadi tamatlah sudah 5 tips saya untuk anda jadi seorang blogger dan tips ini berguna untuk anda yang masih baru dalam dunia blogger.Jangan lupa untuk dapatkan update blog saya dan subscribe blog ini sekarang ye?
Oh ya, sebelum terlupa, jangan lupa download ebook free ni ye..ebook ini menerangkan step by step tentang bagaimana anda dapat menjadi blogger yang berjaya dan juga banyak lagi tips yang rasanya amat berharga untuk anda..dan apa yang best adalah ianya adalah PERCUMA!
Teruskan Membaca >>
16 Mei 2009
NUFFNANG CTR BONUS
Salam sejahtera, diharap semua pembaca dalam keadaan sihat n ceria-ceria..
Ok..hari ni saya nak bercerita lagi mengenai Nuffnang, ni dah post yang ke-3 mengenai Nuffnang...hehehe
Topik apa agaknya? Nuffnang CTR Bonus....
Baru-baru ini Nuffnang memperkenalkan CTR Bonus dimana jika nilai CTR atau Click trough Ration untuk satu-satu campaign (iklan) dari Nuffnang ni sebanyak 0.2% atau lebih, kita akan diberikan bonus tambahan! Menarik tu! Ini yang menyebabkan saya makin suka ngan Nuffnang ni.
CTR Bonus :
To reward blogs for good campaign performance, Nuffnang will now be giving out bonus earnings for blogs that achieve a CTR (Click-through ratio) of 0.2% or higher on new campaigns that run on their blog. This figure is based on average industry standards.
Ini ada contoh blogger (wanmus) yang telah mendapat hasil dari bonus tersebut.(sayang bukan aku yang dapat. huhuhu..:( )
Lihat gambarajah diatas. Pendapatan dari campaign celcom broadband sebanyak RM26.34, kemudian dapat bonus lagi sebanyak RM6.58 secaara percuma. Begitu juga dengan campaign gempak selebriti astro dimana pendapatan sebanyak RM 2.34, bonus diberi sebanyak RM 0.59.
wahh..ni baru 2 campaign cecah 0.2%, kalaulah banyak lagi yang cecah..fuhhh..anda kiralah sendiri pendapatan anda akan dapat dari Nuffnang ni.
Teruskan Membaca >>
NUFFNANG GLITTERATI
Hari ini apabila saya membuka akaun Nuffnang, status saya sebagai ahli biasa telah di upgrade menjadi Nuffnang Glitterati. Ini menjadikan saya mempunyai banyak kelebihan berbanding ahli biasa. Apa perbezaan antara ahli biasa dengan Glitterati? Bagus sangat ke?
Ok...jadi pada post kali ini saya nak bercerita serba sedikit mengenai Nuffnang Glitterati.
Bagaimana nak upgrade jadi Glitterati?
Kepada sesiapa yang nak tahu biar saya terangkan. untuk menjadi Nuffnang Glitterati bukanlah perkara yang sukar, anda tidak perlu membuat register tambahan ataupun membuat sebarang pembayaran, apa yang penting anda sudah ada akaun Nuffnang. sekirannya anda belum miliki akaun nuffnang silalah register dulu. Sekiranya sudah ada, anda hanya perlu buang semua iklan lain yang ada di blog anda,tinggal hnya ads Nuffnang sahaja. PERHATIAN! Adsense dikecualikan, Jadi jangan buang pula. Iklan yang perlu dibuang hanyalah iklan daripada syarikat-syarikat lain dari Asia Tenggara.
Kemudian dalam masa 48 jam Nuffnang akan crawl blog anda dan apabila telah diperiksa tiada iklan lain, maka anda akan di upgrade jadi ahli Nuffnang Glitterati.
Kelebihan Nuffnang Glitterati:
1. Payment rates CPM : Earning akan meningkat sebanyak 20% sehingga 50% berbanding nuffnang ahli biasa.
2. Payment rates CPC : Minimum RM0.25 per klik berbanding RM0.15 sahaja bagi ahli nuffnang biasa.
3. Payment Term : Bayaran akan dapat dalam masa 30 hari selepas cash out berbanding 60 hari bagi ahli nuffnang biasa.
4. Peluang Pengiklanan : Lebih cerah berbanding ahli nuffnang biasa
5. Community Event : Diperuntukkan 70% kepada ahli Glitteri berbanding 30% sahaja kepada ahli nuffnang biasa.
6. Pemenang pertandingan : 70% hadiah eklusif berbanding 30% hadiah tidak ekslusif kepada ahli biasa.
Itulah dia kelebihan Glitterati. menarik bukan? Peluang untuk menjana pendapatan akan menjadi lebih tinggi, cepat dan keutamaan dalam beberapa hal. jadi sekiranya anda nak menikmati segala kelebihan ini, dipersilakan...
Sebarang komen mahupun pendapat amat dialu-alukan, terutama para otai Nuffnang..boleh kongsi ilmu..hehehe..peace no war.
Teruskan Membaca >>
14 Mei 2009
KEJAYAAN HANYA DIKECAPI JIKA BERUSAHA
Saya rasa belum terlambat untuk saya mengucapkan Tahniah kepada salah seorang classmate , best fren saya masa study kat Politeknik Johor Bahru dulu iaitu saudara Shah kerana berjaya mendapat Anugerah Terbaik Grafik (Rekabentuk Pengiklanan) semasa Hari Viscom ke-8 di Kompleks Pasir Gudang, yang berlangsung baru-baru ini (tarikh tak ingat pula, tapi yang pasti pada bulan Mei 2009.
Tahniah, Tahniah, Tahniah....bukan senang nak dapat anugerah ni, banyak cabaran, pengorbanan, kesabaran dan lain-lain lagi yang sama waktu dengnnya perlu ditempuhi. Dulu masa study sama-sama kat poli, dia memang rajin wat assignment...hahaha...tak macam saya. Jadi tak hairan bin ajaib lah bila dia dapat anugerah ni. Jealous plak tgk dia pegang piala tu.
O.K bro keep in going!! Wa Caya Sama Lu!!! Salute!!!
Teruskan Membaca >>
BLOGSTARZ PENIPU!!!BETUL KE?
Saya rasa, sudah pasti ramai telah sedia maklum akan kewujudan Blogstarz di negara kita. Setiap hari Ahad akan tersiar berita mengenai Blogstarz di akhbar no. 1 Malaysia. Pelbagai cerita mengenai kejayaan ahli dan keberkesanan Blogstarz ditulis. Pembaca pasti akan mudah terpengruh untuk join Blogstarz. Yuran pendaftaran hanya RM99.00 sahaja. Setelah menjadi ahli, anda akan dapat pulangan yang menguntungkan. Tapi betul ke?
Di sini saya ingin berkongsi maklumat yang saya perolehi ketika mencari apa itu Blogstarz. Apa yang saya tulis ini hanyalah bertujuan untuk berkongsi maklumat yang saya telah baca mengenai Blogstarz. (think positive)
Saya mula tahu akan kewujudan Blogstarz apabila terbaca dalam akhbar no 1 Malaysia. Untuk pengetahuan, saya sememangnya mudah tertarik dengan program-program yang menjanjikan pulangan yang lumayan ini. Saya teruskan membaca keratn akhbar tersebut. Wah hebat! Menarik! Perlu cepat join nie! inilah firts impression saya. Pertama kali membaca perihal Blogstarz ni, banyak kelebihan yang ditawarkan memikat saya untuk join. Melalui program tersebut, anda boleh menjana pendapatan dengan mudah. jadi saya pun lekas2 online dan search kat Google mengenai blogstarz. Rupa-rupanya telah banyak blog yang mencerita, mengulas mengenai blogstarz. Ada yang menyokong dan ada juga yang mempertikaikan sistem yang dijalankan oleh Blogstarz. Maka timbullah persoalan dibenak fikiranku..persoalannya benarkah Blogstarz nie bagus?
Kemudian, saya teruskan membaca blog-blog tersebut dan saya amat tertarik apabila membaca ulasan yang ditulis oleh saudara Mohd Ismail, dalam artikelnya yang bertajuk 'Blogstarz: apa yang kau perlu tahu sebelum lebur rm99 untuk blog sampah'. Saya amat terperanjat dengn ulasan yang di buat. Blogstarz menyalahgunakan sistem clikshare, blogstarz adalah sistem MLM, dan lain-lain lagi. tapi saya masih tak berpuas hati, saya baca pula komen-komen yang dibalas oleh pembaca. memang hangat sehinggakan orang kuat Blogstarz sendiri turun membahas, membidas, mencantas...zassss!! ulasan yang ditulis oleh Mohd Ismail. Seronok membacanya. Kalau nak tahu lebih lanjut kenalah lawat laman web Mohd Ismail, Klik sini.
kemudian saya membaca beberapa lagi blog lain. macam-macam yang mereka tulis. dan apa yang pasti, apa yang mereka tulis memang ada kebenarannya. klik sini
Herm...apala nak jadi sekarang ni, penin kepala dibuatnya, banyak sangt biz yang menipu.nak join ke tak Blogstarz nie. konfius saya dibuatnya. setelah fikir masak-masak, saya mengambil keputusan untuk tidak join Blogstarz. Apa nak jadi pun jadilah. Tapi betul ke keputusan saya ni?
Antara Blogger Yang Mengulas Mengenai Isu Blogstarz
BolehBlog
Afzaiafandi
Hafreze
Titan
AbdFatah
Taukey
Forum WangCyber
Harian Metro
flyer Blogstarz
Teruskan Membaca >>
KERJA, KERJA, KERJA.......
Ah...letih bekerja hari ni. banyak nk kene buat, banyak fail -fail temphan pelanggan yng belum disusun lagi. nak buat design la. nak fikir pasal tempahan yang belum siap la. nak layan dengan karenah pelanggan la. Argh..macam-macam lagilah..penin paler dibuatnya.yang lagi memenigkan kepala, customer yang buat tempahan banner last minute. nak guna banner esok, tapi tempahnya hari ini.huhuhu...sabar-sabar...layan je
dah memang tugas designer cam tu. tapi saya tetap enjoy. fikirkan ianya sebagai satu cabaran. kalau tak da kerja design nak dibuat,boring pula. Apa yang penting customer perlu dijaga dan dilayan dengan baik, perkhidmatn perlu cepat dan berkualiti.(tapi tengok keadaan la)
saya rasa pasti ramai dikalangan pembaca blog ni pernah menghadapai masalah ni. tekanan di tempat kerja. Betul tak?
Teruskan Membaca >>
BUAT DUIT DENGAN NUFFNANG
Salam sejahtera..kali ini saya nak bercerita sedikit mengenai program Nuffnang. Anda pernah dengar mengenai nuffnang?Ianya semakin popular sekarang ni dan terdapat di kebanyakan blog-blog.Apa yang menarik, program ni boleh buat duit..money. Saya sendiri pun telah mendaftar sebagai ahli Nuffnang dan ianya percuma sahaja. Jadi apakah sebenarnya Nuffnang nie.ok saya akan terangkan serba sedikit mengenainya. Tapi basic sahajalah..
Apa itu Nuffnang
Merupakan program buat duit berasasakan kepada PPC (Pay Per Click) sama juga seperti Google Adsense, Bidvertiser dan beberapa program PPC yang lain. Mereka yang menyertai Nuffnang sebagai publisher akan mendapat pendapatan melalaui klik pada iklan yan terletak di dalam blog masing-masing. jika klik anda tinggi, pendapatan anda bertambah, jika klik pada iklan kurang, pendapatan anda pun jadi kuranglah. Maka untuk memastikan anda mendapat jumlah klik yang tinggi, kenalah pastikan blog anda sentiasa dikunjungi orang. Lagi ramai pengunjung lagi baik, lagi tinggi RM!
Telah terbukti Nuffnang memang membayar ahlinya. Nuffnang bukn program yang menipu dan scam.Semasa saya menulis post nie, saya masih belum mendapat sebarang bayaran lagi kerana saya pun baru join, blog saya pun x bnyak visitor..huhuhuhu. Tapi itu tidak melemahkn saya untuk terus berusaha dan mempelajri tips meningktkan trfik ke blog. Sepanjng saya mngkji kesahihan Nuffnang nie memang dah banyak blogger yang telah mndapat bayaran. Pembayaran dibuat sekliranya anda telah mendapat minimum income RM100.Cek akan dihantar kerumah anda.
contoh cek yang diterima
Anda boleh download e-book percuma mengenai Nuffnang di sini. Tapi ianya just basic, hanya untuk begginners sahaja bukan untk yang dah pro. E-book ini dihasilkan oleh Din Beramboi (salah seorang blogger yang pro dalam biz internet ni)
Jadi apa tunggu lagi..marilah kita ramai-ramai join Nuffnang nie.
ok....stakat ini sahaja..tq
Teruskan Membaca >>
13 Mei 2009
DUIT...OH...DUIT!!
Duit...duit...duit...manala nak cari duit tambahan nie?Taraf hidup makin tinggi! Nak harapkan makan gaji je..mana cukup...naik penin kepala fikirkan masalah ni..
Inilah persoalan yang sentiasa bermain di benak fikiranku.
BAGAIMANA NAK TAMBAH INCOME?
Kemudian saya taip di ruang search Google........
money online, dengan harapan adalah cara-cara yang boleh saya gunakan untuk tambah pendapatan saya. Keputusannya memang banyak laman web yang berkaitan dengan extra income ni, macam-macam ada..ada yang berbentuk pelaburan, ada yang perlu cuma register je, PPC, PPL, Affiliate dan macam-macam lagilah....semuanya menawarkan pendapatan yng lumayan...pendek kata memang rambang mata dibuatnya, tambahan pula, saya nie baru jer nak berjinak-jinak dengan dunia online income nie...hehehe. Jadi kenalah faham terlebih dahulu konsep ianya dijalankan. Saya belek satu persatu, mula-mula saya buka laman web yang berkaitan dengan
pelaburan internet.
Pelaburan Internet? Apa itu?
Ianya adalah bentuk pelaburan di mana anda hanya perlu goyang kaki dapat duit dan kalau rajin cari downline bawah anda untuk masuk join melabur. Ianya juga dikenali dengan istilah Ponzi dimana dividen yang diberikan kepada ahli lama di ambil daripada pelaburan ahli-ahli yang baru. Tiada perniagaan sebenar yang dilakukan oleh mereka, mereka hanya pusing duit tersebut sehingga sampai satu tahap mereka lesap sebab tak boleh nak bayar dividen sebab terlalu ramai yang masuk.
Bentuk-bentuk pelaburan online seperti ini menjanjikan pulangan yang berganda-ganda serta tak masuk akal kerana boleh dapat untung dalam masa yang singkat. Mereka memberikan macam-macam janji malah over promises di website mereka.
Seingat saya dulu heboh tentang pelaburan di internet, melabur sikit untungnya banyak dan dapat dalam masa yang singkat, sebab itu ramai yang masuk. Mudahnya dapat duit, last-last syarikat-syarikat tersebut bungkus setelah di haramkan oleh kerajaan Malaysia. Mungkin anda pernah dengar tentang pelaburan online yang menjanjikan pulangan pelaburan yang tinggi dalam tempok jangka masa pendek. Huhuhu.....nasib baik saya tak join dulu.
Saya teruskan membelek laman web yang lain pula. Saya amat tertarik dengan Program Internet seperti program Affiliate, PPC (Pay Per Click), Paid Survey dsb. Lagipun program-program ini tidak mengenakan pembayaran pendaftaran..(tapi ada gak yang perlu bayar dulu, jadi pilihlah yang free :)
Apa itu Affiliate
Program affiliate ialah satu program di mana anda akan berkongsi keuntungan dengan pihak yang menawarkan program tersebut. Maksud berkongsi di sini bukanlah partnership, anda adalah sebagai ejen untuk mempromosikan produk keluaran mereka. Semasa anda mendaftar untuk menyertai program affiliate mereka anda akan di beri satu link untuk dipromosikan. Kadang-kadang sesetengah program memberikan satu website percuma kepada ejen untuk tujuan promosi.
Apa yang anda perlu lakukan hanyalah promosi link yang diberikan kepada orang ramai, dan jika anda berjaya membuat jualan, anda akan mendapat pulangan seperti dalam perjanjian. Sebagai contoh jika produk tersebut berharga RM 50, dan sebagai ejen anda akan diberikan sebanyak 50% jika dapat membuat jualan. Maka dalam kes ini anda akan di bayar sebanyak RM 25 jika anda dapat membuat jualan melalui link affiliate anda.
Antara tempat yang anda boleh sertai program affiliate ialah di clikbank, amazon dan juga cj.com. Untuk cari program affiliate anda boleh search di Google. Kalau nak cerita pasal affiliate ni memang panjang cerita, untuk setakat ni cukup la sekadar pengetahuan secara umum.
Apa itu PPC (Pay Per Click)
Pay per click pula adalah satu program pengiklanan di mana anda boleh meletakkan iklan di website anda, dan apabila ada orang klik iklan tersebut anda akan mendapat bayaran. Salah satu program pay per klik yang terkenal ialah googleadsense. Anda boleh terus ke laman web google adsense untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
Yang bestnya jika anda tak pandai buat website anda juga boleh gunakan blog percuma seperti blogger.com untuk menyertai program ini dan satu lagi website tersebut hendaklah dalam bahasa orang puteh untuk menyertai program tersebut. Banyak lagi pilihan apabila bercakap tentang pay per klik ni, anda boleh buat search kat google untuk lebih maklumat. Bab ni pun kalau nak cerita sampai semua memang panjang.
Banyak juga orang Malaysia yang boleh buat duit dengan program ni, tapi anda kena rajin kaji dan jangan putus asa dalam melakukannnya.
Apa itu Paid Survey
Paid Survey bermakna anda menjawab soalan yang diberi oleh pihak penganjur dan mendapat bayaran dari mereka. Ini merupakan salah satu cara yang paling mudah untuk membuat duit di internet. Tetapi apa yang paling penting, anda perlu bijak memilih program yang paling baik seperti menawarkan pembayaran yang tinggi, soalan yang banyak dsb.
Untuk pengetahuan, saya sudah join beberapa program Affiliate, PPC dan Paid Survey. dan antara semua ini, program Paid Survey yang paling mudah untuk buat duit..tapi x banyak la yang saya dapat pun. Untuk program Affiliate dan PPC masih belum ada apa2 hasil lagi...hurm...nak buat macamana saya nie memang tak pandai lagi nak wat promosi dan tarik trafik. bukan senang nak buat hits..huhuhu..
Teruskan Membaca >>
12 Mei 2009
GENUINE RAPIDSHARE PREMIUM ACC UNTUK DIJUAL!!
Akaun RAPIDSHARE PREMIUM dijual pada harga yang cukup murah berbanding harga asal yang dibeli dari store RAPIDSHARE.
JANGAN RISAU AKAUN RAPIDSHARE ini diperolehi dari PERTUKARAN POINT yang SAH!!, BUKAN dari hasil HACK! pembelian FRAUD CREDIT CARD dsb
harga serendah rm25 sebulan. cukup murah jika dibndingkan dengan hrg asal sekitar rm40 sebulan.
p/s:- lagi lama tempoh aktif akaun yg dibeli lagi murah hrgnya!!
Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli akaun RAPIDSHARE bolehlah ym @ email sy kt:-
azzlanx07@yahoo.com.my
PROSES PEMBELIAN
• sila semak senarai akaun di 1st page Thread ini
• pilih akaun yang dikehendaki
• kemudian sila ym@email untuk membuat tempahan
• tunggu maklumbalas dari kami untuk pengesahan pesanan
• buat pembayaran melalui akaun berikut:-
Maybank - 158060624801 (Azlan Bin Abdul Mukhtar)
email :- azzlanx07@yahoo.com.my
• penghantaran maklumat akaun melalui Email/YM/SMS berdasarkan cara urusniaga yang dibuat dalam jangkamasa 24 jam berdasarkan stok dan keadaan semasa. Tetapi kebiasaanya dalam tempoh 5 - 15 minit sahaja. jika kami online, proses lagi cepat la..
• setelah menerima maklumat akaun SILA TUKARKAN KATALALUAN (password) sebagai langkah keselamatan. dan diingatkan sila aktifkan SECURITY LOCK!!
APA ITU RAPIDSHARE?
• merupakan satu laman yang menyediakan perkhidmatan menyimpan pelbagai jenis fail secara berbayar yg paling besar . Setiap ahli boleh meng'upload' fail ke laman ini. Setiap fail yg telah di'upload' akan diberi link url download, dan ini membolehkan untuk berkongsi fail dengan sesiapa sahaja.
• laman RAPIDSHARE penuh dengan himpunan pelbagai fail menarik meliputi segalanya seperti, MOVIE, GAME, PROGRAM/APPLICATION, LAGU, E-BOOK, dsb kesimpulannya apa sahaja yg boleh disimpan ke dlm harddrive anda!!
• anda boleh mencari dan download apa sahaja dengan RAPIDSHARE!!
• menyediakan kelajuan download yang paling pantas!!
p/s:- namun untuk menikmati kelajuan download maksima anda perlu memiliki akaun RapidShare Premium!!
APA KELEBIHAN RAPIDSHARE PREMIUM?
• boleh men'download' terus fail tanpa waiting time.
• unlimited download
• maximum download speed
• boleh resume download
lihat perbezaan antara free dan premium akaun
sila klik gambar untuk lihat imej penuh
Teruskan Membaca >>