17 Mei 2009

5 TIPS UNTUK JADI BLOGGER


Salam semua para pembaca blog sekalian.Kali ini saya nak berkongsi mengenai blogger tips. Ini merupakan first post untuk tips blog, apa yang saya harapkan ianya boleh menjadi panduan berguna untuk semua blogger dan juga diri saya sendiri. Sudah lama saya merancang untuk menulis mengenai tips-tips blog ni. Saya ada beberapa koleksi tips-tips blog, tapi hari ini saya nak bercerita mengenai asas berblog dahulu.

Ok post kali ni saya nak kongsikan bersama pembaca sekalian tentang 5 tips untuk jadi blogger dan apa sepatutnya ditulis oleh seorang blogger yang masih baru atau baru nak belajar berblog ni..Jom saya bawakan anda antara 5 tips terbaik untuk anda jadi blogger jika anda masih baru..(yang dah lama pun boleh baca..:D) (tips ni saya ambil dari reezluv)

1.Free atau berbayar?

Disini terdapat choice yang paling mudah,jika anda mahukan yang free, anda boleh dapatkan percuma sahaja di Blogger.com yang mana anda semua sudah kenal bukan?Hanya sign up satu akaun google email dan anda sudah layak mendapatkan blog free yang anda inginkan .Url anda untuk blog jenis ini tentu seperti ini namablog.blogspot.com.

Tetapi jika anda inginkan kelainan seperti blog wordpress ini boleh dapatkan nama domain anda sendiri seperti www.namablog.com,namablog.net dan lain-lain lagi.

Untuk dapatkan pelbagai tips dan juga info tentang blog wordpress dan bagaimana nak dapatkan blog dot com ini dan macam mana nak setupnya, serta banyak lagi info menarik, anda boleh dapatkannya di link ini

2.Content Blog anda

Adakah anda blur tentang content yang perlu anda tulis?sebelum anda pilih nama blog pastikan anda tahu anda ingin berblog mengenai apa..jika ianya blog peribadi, jadi anda bebas untuk menulis apa sahaja yang anda inginkan.

3.Jangan Mengiklan Blog Post

Pernahkah anda melihat post blog tersebut hanya mengiklan sesuatu produk yang mana penulis blog tersebut hanya mengiklan di setiap blog postnya?Atau hanya ada satu post sahaja?Ada bukan?Untuk pengetahuan, itu bukanlah blogger sebenar..Blogger sebenar berkongsi ilmu dan pengetahuan dengan pembacanya dan jika ada produk yang baik, penulis blog itu akan rekemen sesuatu produk, dan bukannya mengiklan..lain bukan?

4.Hindarkan Banner Yang bersepah

Ini rasanya paling banyak dibuat oleh para blogger tidak kira lah baru atau lama..jika anda membuat servis pengiklanan di blog anda, pastikan ianya diletakkan di tempat yang betul dan tidak mengganggu pembaca untuk membaca blog post anda. bagi yang masih baru, tentu ghairah nak mulakan bisnes internet dan mereka sign up macam-macam affiliate dan letak di blog mereka sedangkan visitor blog tak sampai 10 orang setiap hari..:D..dan blog post pun baru sahaja 2 atau 3..jika anda sebagai pembaca..adakah anda tertarik untuk klik dengan iklan yang banyak dan juga anda lihat blog post masih baru?

5.Gunakan Kuasa Feedburner

Ingatkan blog reader anda untuk subscribe feed anda untuk mereka dapatkan info terkini berkenaan blog anda.Ini adalah untuk memastikan anda mendapat blog reader yang amat minat dengan blog post anda dan seterusnya subscribe blog anda dan mereka akan membaca blog and jika anda update blog anda.Caranya hanya daftar di Feedburner.com dan masukkan link blog anda dan aktifkan feed anda.

Anda boleh dapatkan info mengenai Feedburner dan cara menggunakannya menerusi link yang sudah saya berikan itu ya? Jadi tamatlah sudah 5 tips saya untuk anda jadi seorang blogger dan tips ini berguna untuk anda yang masih baru dalam dunia blogger.Jangan lupa untuk dapatkan update blog saya dan subscribe blog ini sekarang ye?

Oh ya, sebelum terlupa, jangan lupa download ebook free ni ye..ebook ini menerangkan step by step tentang bagaimana anda dapat menjadi blogger yang berjaya dan juga banyak lagi tips yang rasanya amat berharga untuk anda..dan apa yang best adalah ianya adalah PERCUMA!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan