13 Mei 2009

DUIT...OH...DUIT!!

Duit...duit...duit...manala nak cari duit tambahan nie?Taraf hidup makin tinggi! Nak harapkan makan gaji je..mana cukup...naik penin kepala fikirkan masalah ni..

Inilah persoalan yang sentiasa bermain di benak fikiranku.
BAGAIMANA NAK TAMBAH INCOME?

Kemudian saya taip di ruang search Google........
money online, dengan harapan adalah cara-cara yang boleh saya gunakan untuk tambah pendapatan saya. Keputusannya memang banyak laman web yang berkaitan dengan extra income ni, macam-macam ada..ada yang berbentuk pelaburan, ada yang perlu cuma register je, PPC, PPL, Affiliate dan macam-macam lagilah....semuanya menawarkan pendapatan yng lumayan...pendek kata memang rambang mata dibuatnya, tambahan pula, saya nie baru jer nak berjinak-jinak dengan dunia online income nie...hehehe. Jadi kenalah faham terlebih dahulu konsep ianya dijalankan. Saya belek satu persatu, mula-mula saya buka laman web yang berkaitan dengan
pelaburan internet.

Pelaburan Internet? Apa itu?

Ianya adalah bentuk pelaburan di mana anda hanya perlu goyang kaki dapat duit dan kalau rajin cari downline bawah anda untuk masuk join melabur. Ianya juga dikenali dengan istilah Ponzi dimana dividen yang diberikan kepada ahli lama di ambil daripada pelaburan ahli-ahli yang baru. Tiada perniagaan sebenar yang dilakukan oleh mereka, mereka hanya pusing duit tersebut sehingga sampai satu tahap mereka lesap sebab tak boleh nak bayar dividen sebab terlalu ramai yang masuk.

Bentuk-bentuk pelaburan online seperti ini menjanjikan pulangan yang berganda-ganda serta tak masuk akal kerana boleh dapat untung dalam masa yang singkat. Mereka memberikan macam-macam janji malah over promises di website mereka.

Seingat saya dulu heboh tentang pelaburan di internet, melabur sikit untungnya banyak dan dapat dalam masa yang singkat, sebab itu ramai yang masuk. Mudahnya dapat duit, last-last syarikat-syarikat tersebut bungkus setelah di haramkan oleh kerajaan Malaysia. Mungkin anda pernah dengar tentang pelaburan online yang menjanjikan pulangan pelaburan yang tinggi dalam tempok jangka masa pendek. Huhuhu.....nasib baik saya tak join dulu.

Saya teruskan membelek laman web yang lain pula. Saya amat tertarik dengan Program Internet seperti program Affiliate, PPC (Pay Per Click), Paid Survey dsb. Lagipun program-program ini tidak mengenakan pembayaran pendaftaran..(tapi ada gak yang perlu bayar dulu, jadi pilihlah yang free :)

Apa itu Affiliate

Program affiliate ialah satu program di mana anda akan berkongsi keuntungan dengan pihak yang menawarkan program tersebut. Maksud berkongsi di sini bukanlah partnership, anda adalah sebagai ejen untuk mempromosikan produk keluaran mereka. Semasa anda mendaftar untuk menyertai program affiliate mereka anda akan di beri satu link untuk dipromosikan. Kadang-kadang sesetengah program memberikan satu website percuma kepada ejen untuk tujuan promosi.

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah promosi link yang diberikan kepada orang ramai, dan jika anda berjaya membuat jualan, anda akan mendapat pulangan seperti dalam perjanjian. Sebagai contoh jika produk tersebut berharga RM 50, dan sebagai ejen anda akan diberikan sebanyak 50% jika dapat membuat jualan. Maka dalam kes ini anda akan di bayar sebanyak RM 25 jika anda dapat membuat jualan melalui link affiliate anda.

Antara tempat yang anda boleh sertai program affiliate ialah di clikbank, amazon dan juga cj.com. Untuk cari program affiliate anda boleh search di Google. Kalau nak cerita pasal affiliate ni memang panjang cerita, untuk setakat ni cukup la sekadar pengetahuan secara umum.

Apa itu PPC (Pay Per Click)
Pay per click pula adalah satu program pengiklanan di mana anda boleh meletakkan iklan di website anda, dan apabila ada orang klik iklan tersebut anda akan mendapat bayaran. Salah satu program pay per klik yang terkenal ialah googleadsense. Anda boleh terus ke laman web google adsense untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Yang bestnya jika anda tak pandai buat website anda juga boleh gunakan blog percuma seperti blogger.com untuk menyertai program ini dan satu lagi website tersebut hendaklah dalam bahasa orang puteh untuk menyertai program tersebut. Banyak lagi pilihan apabila bercakap tentang pay per klik ni, anda boleh buat search kat google untuk lebih maklumat. Bab ni pun kalau nak cerita sampai semua memang panjang.
Banyak juga orang Malaysia yang boleh buat duit dengan program ni, tapi anda kena rajin kaji dan jangan putus asa dalam melakukannnya.

Apa itu Paid Survey

Paid Survey bermakna anda menjawab soalan yang diberi oleh pihak penganjur dan mendapat bayaran dari mereka. Ini merupakan salah satu cara yang paling mudah untuk membuat duit di internet. Tetapi apa yang paling penting, anda perlu bijak memilih program yang paling baik seperti menawarkan pembayaran yang tinggi, soalan yang banyak dsb.

Untuk pengetahuan, saya sudah join beberapa program Affiliate, PPC dan Paid Survey. dan antara semua ini, program Paid Survey yang paling mudah untuk buat duit..tapi x banyak la yang saya dapat pun. Untuk program Affiliate dan PPC masih belum ada apa2 hasil lagi...hurm...nak buat macamana saya nie memang tak pandai lagi nak wat promosi dan tarik trafik. bukan senang nak buat hits..huhuhu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan