27 Mei 2009

DASHBOARD BARU UNTUK BLOGSPOT!! BLOGGER IN DRAFT

Saya ada berita baik yang ingin dikongsi bersama pembaca sekalian, khasnya kepada pengguna Blogger. Saya menjumpai info ini ketika membaca di JomPhp. Blogger In Draft telah muncul untuk para pengguna Blogspot sekalian. Apa benda Blogger In Draft ni? Nak tau..



Ianya merupakan sistem Dashboard yang telah dinaiktaraf dengan antaramuka baru yang lebih menarik serta penambahan beberapa fungsi canggih. Antara fungsi-fungsi yang telah ditambah ialah:

1) Post editor baru
2) Star rating\Rating bintang
3) Import\Export blog post kepada format xml (untuk tujuan backup)
4) Embedded comment form (comment dibawah post ala Wordpress)
5) Webmaster tools verification (menggunakan google webmaster tools)

Sekiranya anda berminat untuk mencubanya bolehlah klik di sini

Login kemudian Check “Make Blogger in Draft my default dashboard” jika anda berminat untuk set ok!..



Selepas itu, anda klik Posting. anda akan dapat lihat pembahruan seperti ini.


Ok.. selamat mencuba

Tiada ulasan:

Catat Ulasan